Kaki Berbau Siapa Yang Punya

wuduk

Hari Jumaat 12.30 tengahari, seperti biasa aku dan juga orang lain berpusu-pusu akan pergi ke Masjid untuk mendengar Khutbah dan menunaikan Solat Jumaat Fardhu Ain, sampai sahaja di ruangan masjid aku terus pergi untuk mengambil air wuduk dan  selepas solat tahiyatul masjid dan solat sunat qabliah aku duduk bersama-sama saudara Islam yang lain menunggu khutbah Jumaat, tiba-tiba sesuatu yang kurang enak menusuk hidung ini dan bukan aku seorang sahaja yang menyedari bau yang kurang enak itu tetapi mungkin orang lain juga terperasan, dihadapan aku ada seorang budak kecil membuat muka sambil menyengik mungkin kerana bau busuk itu. Puas juga mencari dari mana asalnya bau tersebut, dek akibat bau yang kurang menyelerakan boleh loya tekak dibuatnya tambahan pula kita berada di Masjid, jadi kebersihan perlulah menjadi keutamaan dan menjadi syarat sah untuk menunaikan solat.

Jadi jika anda mengalami masalah yang sama seperti diatas diantara panduan yang boleh diikuti ialah seperti senarai yang saya letakkan dibawah ini :-

1. kerap basuh kaki dengan sabun terutamannya jika kaki mulai berpeluh. ia bertujuan untuk mengelakkkan kaki terlalu lama berlemuran peluh

2. lap kaki dengan tuala bersih dan sapukan bedak sebelum memakai kasut

3. kaki juga perlukan semburan anti bau, gunakan semburan anti peluh (antiperspirant) yang biasannya telah dicampurkan dengan anti bau (deodorant). Bagimanapun elakkan semburan jika kaki mengalami keceraan seperti luka.

4. ganti stoking lebih kerap, pilih fabric dari bahan kapas yang boleh menyerap peluh.

5. jika kaki mempunyai peluh berlebihan, kamu digalakkan memakai stoking 2 lapis.

6. Pilih kasur jenis terbuka atau sandal. ini kerana kasut tertutup akan merangsangkan peluh dan mengundangkan kuman bersarang. sehingga kaki kamu berbau. pilih kasut bukan dari bahan plastik yang boleh menghalang udara keluar masuk. Serta jangan pakai kasut yang sama dua hari berturut-turut

7. rendam kaki didalam air suam, kemudian sapukan dengan losen dan berstoking sebelum tidur.

P/s : Harap panduan diatas dapat membantu anda menyelesaikan masalah kaki berbau.. :)

p/s : Kepada kaki yang berbau tu banyak-banyaklah pakai sabun..hehe

Tips Stress Dan Senaman

stress

Antara masalah yang sering dihadapi rakyat malaysia kini ialah masalah stress, terutama bagi yang bekerja dipejabat, seperti saya yang hampir seharian menghadap komputer seringkali mengalami sakit kepala, ini berlaku kerana kerja yang kita lakukan bersifat statik, Ketegangan ini biasanya disebabkan oleh otot-otot dibahagian leher, bahu serta pinggang bekerja atau berkontraksi secara statik (isometric contraction) dalam jangkamasa yang panjang.

Kontraksi statik otot di bahagian leher dan bahu yang lama akan menyebabkan kita berasa :

1) Pening dan sakit kepala

2) Ketegangan serta sakit leher serta bahu

3) Ketegangan serta sakit otot di antara tulang belikat

4) Kebas dari bahu hingga ke hujung jari

5) Kelemahan otot bahagian leher, bahu serta tangan sehingga kita merasa tangan kita amat berat untuk menulis atau menaip

6) Ini juga boleh dialami pada bahagian pinggang:

7) Ketegangan dan sakit otot di bahagian sendi pinggul serta punggung

8 ) Kebas dari punggung hingga ke hujung jari kaki

9) Kelemahan otot sekitar sendi pinggul, punggung serta kaki sehingga kita merasa kaki kita amat berat untuk berdiri atau berjalan

10) Kesukaran untuk menundukkan badan apabila hendak mengambil sesuatu yang terjatuh di atas lantai.

Mungkin ramai juga masyarakat kita mengambil ubat tahan sakit (Analgesic) dan ubat mengurangkan ketegangan otot (muscle relaxant) dari hospital atau farmasi, salah satu juga yang boleh dibuat ialah dengan sedikit senaman di tempat kerja jika berlaku pada masa itu. Senaman regangan ini selain membantu memperbaiki postur badan, penjagaan badan (body awareness), meningkatkan koordinasi badan.

Tip senaman berikut boleh diamalkan jika sekiranya anda terpaksa melakukan kerja pejabat dalam satu tempoh yang lama:

1)  Sentiasa bergerak bebas selepas setiap jam bekerja dengan mengubah posisi duduk, berdiri atau berjalan selama 1 – 5 minit.

2) Minum air suam atau air mineral yang secukupnya kerana ia membantu badan menyingkirkan toksin dan membantu mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan.

3) Melakukan senaman pernafasan dengan menarik dan menghembus nafas secara perlahan 5 – 10 kali kerana ia membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen.

P/s : Saya sudah mencubanya dan Alhamdulillah, anda bolehlah cuba.. :)

Drama Cinta Balqis Dan Suara Rindu Menjadi Pencarian Terhangat!!!

Cinta Balqis

Selepas tamatnya drama Cinta Balqis yang keudara setiap hari Isnin hingga khamis bermula jam 6.30ptg, pada mulanya saya kurang sangat hendak mengikuti drama ini kerana mungkin dapat mengagak jalan ceritanya, jadi apa yang saya lakukan ialah dengan melihat permulaan cerita, pertengahan dan akhir drama tersebut yang berakhir semalam. Pada mulanya ianya tidak menarik perhatian saya sangat, tetapi semakin lama jalan ceritanya dapat juga menambat  hati ini huhu, bukan apa kesian dekat Hassan dah la susah payah menjaga anaknya si Balqis.

Jadi kepada sesiapa yang mengikuti drama ini pasti terhibur tertarik dengan lagu background pada drama ini iaitu “Suara Rindu” nyanyian pelakon yang memegang watak Ray iaitu Azad Jazmin, mana tidaknya rupanya carian untuk lagu ini sahaja sudah mencecah 1 juta lebih, dasyhat betul selepas ni Azad Jazmin pasti akan membuat album single, kalau tidak mahu ezad ada hahaha!! walaupun suaranya setakat ok-ok sahaja, lirik dan melodi yang menyentuh perasaan ini memang membuatkan makcik-makcik dan anak-anak gadis jadi tidak menentu, apa pun saya ucapkan tahniah kepada pencipta lagu tersebut.

Suara Rindu

Kini pencarian untuk lagu Suara Rindu ini semakin bertambah, yang buat bengangnya ia menjadi mainan keyword sahaja tapi sebenarnya lagu juga tidak ada dalam simpanan mereka, tetapi tadi saya sudah menjumpai lagu tersebut di Youtube jadi apa tunggu lagi boleh la mendengarnya, harapnya lagu ini tidak diblock seperti lagu-lagu AJL 24.. :p

P/s : Saya bercadang untuk menyumbangkan suara saya untuk “Suara Rindu” ini dengan petikan gitar murah saya, ada sesiapa yang sudi ingin mendengarnya?

Oh Gerhana!

KUALA LUMPUR: Fenomena gerhana matahari separa dijangka berlaku esok bermula jam 3.01 petang sehingga 5.38 petang dengan fasa pertamanya berlaku jam 3.01 petang dan mencapai tahap gerhana maksimum jam 4.26 petang.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sempena fenomena itu, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat kusuf atau solat sunat gerhana matahari dan disertai khutbah khas gerhana.

eclipses_solares-en2

Aktiviti cerapan diadakan di masjid terbabit dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Institut Tanah dan Ukur Negara (Instun), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Selangor dan Institut Latihan Islam Malaysia (IIim), Bangi, Selangor.

Jakim melalui Cawangan Falak mengadakan solat sunat kusuf di masjid utama negara iaitu Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya pada jam 3.45 petang.

se2010jan15a1

P/s :Sumber diambil dari Harian Metro.. :)

Budak Pintar Pilih Malaysia

Ainan Caleste CawleyAinan Celeste Cawley baru berusia 10 tahun tapi kini sedang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda di Kolej Universiti HELP, Damansara, Kuala Lumpur, hebat bukan bagi kanak-kanak yang berusia semuda ini sudah mempunyai kepintaran diluar jangkaan, sebenarnya Ainan yang berdarah kacukan Irish dan Melayu ini merupakan warga Singapura, pada umur  seawal 7 tahun 1 bulan beliau sudah menamatkan O-Level dalam subjek Fizik serta A-Level dalam subjek Kimia seawal umur 8 tahun 4 bulan.

Kehebatan adik Ainan ini turut dijadikan dokumentari televisyen di United Kingdom (UK) dalam Superhuman Genius untuk ITV1 dan Worlds Cleverest Child And Me untuk Channel 4, bukan setakat itu sahaja Ainan juga muncul didalam Asia’s Wonders Kids untuk Channel News Asia (Singapura) yang ditayangkan diseluruh Asia.

Kini adik Ainan sedang akan melanjutkan pelajarannya diperingkat Ijazah Sarjana Muda di Kolej Universiti HELP, Damansara, Kuala Lumpur, dan selepas itu dia juga akan mengikuti kursus American Degree Program (ADP) dalam bidang Sains Komputer dan juga mengikuti subjek kimia dan banyak lagi subjek kursus yang akan diambil dan bagi saya subjek-subjek ini adalah sukar tetapi tidak pada Adik Ainan, saya amat bangga terhadap Ainan kerana bijak memilih Malaysia sebagai tempat menyambung pelajaran kerana Universiti-universiti di Singapura menolak permohonannya kerana dibawah umur, itulah alasan yang diberikan jadi dengan memilih Kolej Unversiti HELP dapat menyelesaikan masalah ini.

Sebagai manusia saya yakin setiap manusia dimuka bumi Allah ini mempunyai kurniaan dan tanggungjawab yang telah diberikan pada diri masing-masing, jadi kepada yang mempunyai ilmu kurniaan yang telah diberikan itu gunakanlah sebaik mungkin kerana belum tentu esok masih ada untuk kita, selagi bakat pinjaman ini ada gunakanlah ia dengan akal yang waras mengikut lunas-lunas agama.

P/S : Kepada Adik Ainan saya ucapkan Welcome to Malaysia dan selamat belajar, juga kepada adik-adik yang lain bolehlah mencontohi Adik Ainan ini untuk diambil contoh.

Kesihatan Adalah Kekayaan?

health

Semenjak dua menjak ni aku kurang tidur dan selalu tido lewat mungkin kerana aku sudah pandai menjaga pemakanan atau aku memang tak boleh nak tido awal,  lagipun sekarang ini aku mula makan lebih awal sebelum pukul 7 petang atau maghrib jadi mungkin kerana makanan sudah hadam dengan cepat selepas waktu maghrib, jadi tenaga dapat dihasilkan dan mata pun boleh tahan lebih lama macam bateri haha.

Blogger part time seperti aku dan juga rakan-rakan blogger yang lain semestinya menghadapi masalah yang sama iaitu tidur lewat, kerana kerja blogging ini hanya dapat dilakukan dengan sepenuh tumpuan pada sebelah malam, waktu yang tenang tiada banyak gangguan bunyi memudahkan otak utnuk berfikir dengan lebih tenang, jadi kalau nak solat malam pun tiada masalah, yang masalahnya hendak atau tak nak sahaja.

Berbalik kepada masalah penjagaan kesihatan, dinasihatkan anda banyaklah bersenam bagi menjaga kesihatan, kerana langkah awal untuk mengelak penyakit ialah dengan bersenam, saya sendiri akan memulakan semula sesi berjogging pada setiap hujung minggu, bukan sahaja meningkatkan kecergasan malahan kecerdasan otak. Agak hairan ya bila kita masih bertemu dengan- datuk datuk  dan nenek -nenek yang lanjut usianya, pasti banyak pertanyaan yang ingin ditujukan kepada mereka kerana musykil,  apakah petua yang membuatkan mereka mengekalkan tubuh badan yang masih tegap.

Jadi persoalannya apakah tips untuk kita sentiasa sihat? kita masih memerlukan tubuh badan yang sihat bagi menempuh hari-hari yang mendatang, jadi tubuh badan kita masih diperlukan dengan tempoh yang agak lama, bekerja dan sebagainya, sudilah berkongsi tips tentang bagaimana mengekalkan badan yang sihat walaupun tidur kurangi? sila-sila saya nak tahu sangat ni.