Bila Muka Masuk Majalah?
Hari Ahad yang mengembirakan terutama bila bulan puasa ini, ahli keluarga datang kerumah untuk berbuka puasa mengeratkan lagi silaturahim diantara ahli keluarga antara abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik, seronokkan bila makan ramai-ramai kerana telatah masing-masing yang membuatkan keseronokan itu, dan makan pun bertambah selera.
Bagaimana pula perasaan bila glamer macam artis-artis terutama yang baru naik maksudnya yang baru menceburkan diri dalam industri hiburan ini, mesti macam rasa bangga gilakan, bila pulak budak kampung yang tak dikenali kini menjadi sebutan orang ramai, aku bukan nak cerita tentang dunia hiburan sebenarnya tapi tentang rakyat biasa ni (hehe).
Dulu masa kecil aku kerap mengikuti atau menyertai pertandingan dalam sekolah lah seperti nyanyian dan sebagainya, pernah juga dipanggil untuk join “Aksi Mat Yo Yo”, apa tu? sebuah rancangan kanak-kanak yang terkenal di Singapura pada masa dahulu, bagi orang-orang selatan yang sama level dengan aku mesti tahu la. Bila masa kecil dulu semuanya boleh kerana perasaan takut tu tiada dan semuanya boleh dan tak boleh tak wujud langsung. Jadi bila dah besar masuk ke sekolah menengah perasaan malu mula timbul, takut digelar “Mat Ye Ye” bukan Mat Yo Yo ya cik tuan puan.
Jadi aku mula terfikir apa yang buat sampai tak malu? Berani? Tanggungjawab? Seronok? atau nak glamer? semuanya berkaitkan, bila orang suruh buat kita buat dah macam robot, tapi sebenarnya itu dulu masa zaman budak-budak, tapi kini kena ikut ke cakap orang ke kalau kita nak buat sesuatu, bergantung juga lah. Sebenarnya apa yang kita ingin itu yang kita dapat, bergantung pada rajin dan malas (hehe).
Dulu selalu tengok muka orang kat majalah, terasa macam nak juga bergambar dan glamer, aku sebenarnya tak minat bergambar tapi bila orang lain bergambar takkan nak tengok jer (hehe). Jadi aku telah dipanggil oleh sebuah butik baju melayu untuk menggayakan pakaian mereka, bersempena dengan musim perayaan ini jadi layankan jeklah, bila lagi nak bergaya, dalam majalah pulak tu tapi ni majalah main-main daa (haha).
![]()
Macam gambo nak bersunat pun ada juga nih!!
P/s : sesape nak try boleh la cuba buat kat sini, banyak lagi site-site percuma macam ni, google saja.
P/s : Lepas ni banyak la gambar aku, gambar kahwin jek takde lagi oouch!!
P/s : Petang ini ada Majlis Berbuka Puasa bersama Blogger peserta Personal Coaching Rohaizad ada gambar nanti akan diuploadkan yek.






bladefingers
haaa
dah handsome2 nih nanti raya jgn kau tak datang pulak rumah aku sudahlah ye
hehe
[Reply]
Ezad Reply:
September 6th, 2009 at 5:19 pm
Mestilah aku datang, jangan risau termasuk dalam first list.
[Reply]
boy_bersahaje
Pergh zad, ko jadi model ke? Leh aku tau ape kriteria penting nak jadi model ni? Aku ade gak cite2 nak jadi model. Huhuhu, ape2 hal pun kau lagi kacak dengan berpakain baju melayu seperti di atas itu
.
[Reply]
Ezad Reply:
September 7th, 2009 at 9:42 am
haha, aku xpernah jadi model majalah hehe, tp aku rmai kwn model2 lelaki yg pernah masuk majalah remaja, antara kriteria nyer aku rasa ketinggian, shape body dan rupa sudah tentu. Lagi satu kalu ko ada pipi mcm ni adalah satu kelebihan, dan seperti trademark ko mestilah bersahaje..hehe
[Reply]
anihs
Sejak bila awk jadi model Baju Melayu nih..? Selalu swimwear je..hehehe =P
[Reply]
Jmay
hehe..wah..da msuk majalah..bila majalah tuh diterbitkan?? nak belilah..hihi
[Reply]
Ezad
haha,memang glamerkan bila masuk majalah, hehe kalu budak UTP nmpak muka ko Jmay
mesti glamer satu U tu, nnti gathering kita buat majalah la..hehe
[Reply]