10 Perkara Menjengkelkan Di Bazar Ramadhan
-
Bila kita nak pergi bazar jalanraya jam, pasal semua orang nak pegi bazar juga.
-
Bila kita berpuasa, tapi di bazar adalah tempat show off pakaian “paling seksi” atau aku “penjawat awam” sambil memakai lencana apa-apalah jabatan sambil buat muka kerek(bangga).
-
Bila kita jumpa kawan lama dan berhenti untuk berbual,”Wei lama tak nampak, anak dah berapa? atau sorang jer ker? sambil buat muka macam kera semasa bertanya” dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
-
Bila kita beli makanan rupanya makanan itu sudah basi dan dipanaskan semula dari hari ke hari esok dan esok dan esok (sila sambung sendiri).
-
Bila kita nak beli ikan bakar dan harga mengikut citarasa penjual semasa pembelian dan mintak sambal lebih pun kemut, sambil cepat-cepat bungkus takut pembeli mintak tambah sambal lagi.
-
Bila kita bayar duit besar dan penjual mintak duit kecil dengan sen-sen nya sekali.
-
Bila kita dekat bazar dan perasan gerai-gerai yang sama menjual makanan yang sama berhadapan atau bersebelahan, sambil melaungkan “Sini lagi murah dan sedap!!” menyebabkan kita tinggalkan dua-dua dan cari makanan lain.
-
Bila kita lihat bayi juga dibawa kebazar ramadhan untuk dihidukan bau asap dan kesesakan.
-
Bila kita balik rupanya belanja beli makanan boleh dibuat makan 3 hari.
-
Bila kita……………..(Sila sambungkan)






en_me
salam ramadhan abang zairizad ittewww.. thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..
[Reply]
Ezad
Salam Ramadhan juga en_me, terima kasih juga kerana datang kembali di blog yang baru ini.
[Reply]
zool
Nak tambah banyak tapi sebab tak larat nak taip nanti saya tambahkan kat blog..
tu pun kalau rajinlah..:)
[Reply]
Ezad Reply:
September 10th, 2009 at 2:59 pm
Hehe, sila2 zool jangan tak tambah
[Reply]
Missy F
Ada lg yg menjengkelkan…biler hujan, sumer pki payung bukan nak tutup hujan tp cucuk mata orang…aish…nsb x buta…(marah..marah)
[Reply]
Ezad Reply:
September 12th, 2009 at 2:12 pm
Hehe Missy F, betul2 nk kena bawak perisai lain kali tuh,hehe.
[Reply]