Salam Aidilfitri!!

Cepat benar masa berlalu hari ini hari terakhir kita menunaikan Rukun Islam ke- 3 iaitu “Berpuasa di Bulan Ramadhan”, pasti banyak ujian dan dugaan dari Allah yang kamu terima di bulan ini seperti mana wajibnya puasa itu,
Jadi sempena Syawal yang mulia ini bagi Admin penerbitan Zairizad Dot Com (cewahx3) ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin” jika ada tersalah dan tersilap, dari tutur kata seorang manusia yang tidak pernah sempurna, yang kurang dari pelbagai perkara, dalam apa jua yang aku lakukan baik membantu atau dibantu, sekali lagi aku mewakili blog tak berfaedah ini memohon ampun dan maaf atas apa jua salah dan silap dari segi perkataan dan perbuatan.
“Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin”
Akhir kata :-
“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti”.
~Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah~






en_me
salam aidilfitri maaf zahir bathin dr me dikejauhannns ..
[Reply]
Ezad Reply:
September 21st, 2009 at 11:52 pm
Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin En_Me, balik kemana En_Me jauh ker?
[Reply]