10 Perkara menjengkelkan Semasa Malam Hari Raya Dan Raya Pertama
1) Bila malam raya malam terakhir, pergi la bazar untuk membeli jualan murah, tapi yang banyak hanya sampah bertaburan, macam kena tsunami lah pulak dah lupa jaga kebersihan pasal sibuk nak raya, kalu tak raya boleh mati tuh..ahai
2) Bila malam raya hantar mesej mohon maaf dan salam raya la dekat kawan-kawan atau sahabat-sahabat, tapi yang membalasnya cuma sekerat jek, atau mungkin xde kredit 10sen nak membalas kot, tapi beli rokok boleh pulak..Alahai (*Bunyi cengkerik*)
3) pagi raya belum lagi ahli keluarga sendiri nak makan bersama, sedara-mara yang tak pernah datang bertanya khabar langsung tiba-tiba dtg menyerbu masuk nak makan sama.
4) Lauk untuk makan raya dah tinggal sikit atau tinggal yang belen-belen jek, takpelah rezeki orang lainkan, rujuk no.3 (sabarx2).
5) Bila semayang raya orang lain pakai baju baru kita masih pkai baju tahun lepas dan kawan tanya “hai bapak ko kan tukang jahit, takkan pkai baju tahun lepas kot” sambil buat muka kera. (sibuk tanya baju orang bukan nak sibuk sembayang raya) laki pun ada bukan pompuan jek..hehe
6) Bila budak-budak datang nak beraya nak demand lebih, bagi 20sen mintak 50sen pastu up lagi skit nak RM1, kalu up lagi makan kaki la gamaknya budak nih..haha
7) Bila selain budak-budak, datanglah juga badan-badan kebajikan dari mana pelusuk pun sibuk nak beraya sambil menderma.. -_-”
8 ) Bila Raya rumah saudara mara yang jauh, tapi bila sampai rupanya dia pun baru nak keluar beraya juga, hehe (ponat den)
9) Bila hari raya ketiga pun budak-budak datang beraya bila ditanya, duduk mana? datang ngan sape? Sambil memikul beg sebesar separuh badan budak tuh..alahai
10) Bila raya disuatu tempat dan ditanya macam-macam, bila nak kahwin? bila nak pakai kereta? bila nak beli rumah? yang bertanya pun pakai tudung ala2 jambul, lagilah geli gue.. *Bunyi kuda*
p/s : Nukilan ini dicipta hanya untuk suka-suka sahaja tidak ada kena mengena dengan keadaan sebenar, jika ada pun hanyalah kebetulan.






Shaffik
Yang selalu jumpa yang no.6 tu..heehhe dah pandai demand budak2 zaman skang…Apa-apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.
[Reply]
Ezad Reply:
September 29th, 2009 at 10:09 am
Berapa bnyak nk ucap raya daa..haha, Selamat Hari Raya, ni mesti kes nk duit raya gak nih..hehe
[Reply]