Cepat Betul Masa Berlalu

Posted on the September 29th, 2009 under Apa-Apa Saja by Ezad

Cepat betul masa berlalu, tup tap tup tap dah seminggu lebih dah kita menyambut syawal, ini bermakna masa berjalan dan kita semakin tua hahaha (ketawa serius), ahad lepas aku giliran aku pula balik kampung, kerana Raya ini aku tidak ambil cuti langsung, jadi aku sudah mula naik kerja pada rabu lepas, menyesal pulak tak amik cuti seminggu tapi takpelah cuti aku berbayar kalau tidak ambil pun.

Jadi pada sabtu pagi yang lepas 26hb aku telah menuju ke Muar kerana ada perkahwinan adik sepupu aku, jadi kami bertandang dirumah Puksu aku di Taman Bakri Permai sehinggalah berlangsung perkahwinan pada hari Ahad, suasana majlis berlangsung dengan meriah sekali, mana taknya dimajlis perkahwinan pun ada bakar-bakar mercun, kepada yang sakit jantung tidak digalakkan datang takut kena serangan jantung (serius beb), dan waktu kemuncaknya bila berkumandang paluan kompang menyambut kedatangan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.

Lebih memeranjatkan lagi apabila aku sangkakan selepas paluan kompang pertama tamat maka selesai tugas kompang, rupanya ada kumpulan kompang kedua pula menyambung tugas bermain kemudian mereka bertanding sesama mereka malah hadiah juga disediakan, kemenangan itu nanti akan ditentukan oleh pihak keluarga perempuan, aku pun xtau sape yang menang pasal dah balik..haha, kalau nak bagi hadiah pun bagi kedua-dua kumpulan tersebut kerana mereklah yang menambah meriahkan suasana majlis tersebut dan lagi best pemain kompang kesemua anak-anak kecil dari sekolah rendah, hebat-hebat.

27092009796

Jadi diatas ini ialah gambar adik sepupu aku Emy Reza Bin Nordin & Isterinya diucapkan Selamat Pengantin Baru dan Semoga berkekalan hingga akhir hayat.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply




XHTML::
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>