Archive for October, 2009

Kenapa Lama Aku Tak Update?

Posted on the October 29th, 2009 under Apa-Apa Saja by Ezad

suparman

Mesti ramai tertanya-tanya, kenapa aku tak update dah lama bebenor nih, hehe jangan risau bukan apa cuma aku sibuk sedikit memang banyak duit mencurah-curah sebenarnya, bukan yang masuk saja tetapi yang keluar juga banyak, tapi untuk untung yang  besar juga perlu modal yang besar, malahan banyak juga dugaan yang datang, minta maaflah yang tidak dapat dilayan atau memang aku sengaja tidak layan, bukan apa sebagai pengajaran supaya lebih jujur dalam hati bukan dengan mulut sahaja, kerana ramai yang bermulut manis sekarang ni, tapi aku amat hormati orang jujur dan amanah.

Banyak projek didalam kepala ni, cuma nak cari masa saja dalam diam aku membuat perlahan satu-satu, ialah seorang jek buat kalau berdua pun tak boleh jalan juga, atas pengalaman..hehe, jadi aku fikir lebih baik aku buat seorang saja lagilah ummph gitu. Terus terang aku katakan ianya pengajaran yang berguna sekali dalam kehidupan and for the bonus doa-doa aku yang lama dimakbulkan Allah..Alhamdulillah.

Sampai disini sahajalah sedikit coretan  rasanya tidak banyak nak aku ceritakan lagi buat masa inilah, walaupun masih berkobar nak tulis banyak-banyak nih, hehe tak cukup masa, aku akan update blog sekembali pulang..up up & away..hehe

Hati Bergetar Bagai Getaran Gitar

Posted on the October 21st, 2009 under Saya by Ezad

melodi

Hati,
kenapa engkau bergetar,
acapkali hampir setiap hari,
getaranmu buat badan juga merasakannya,

Hati,
Adakah ini ujian Allah
untuk menduga akal,
agar lebih bijak,
dalam melasanakan tugasNya,

Hati,
Adakah engkau dapat merasakan,
sesuatu yang akan berlaku,
kerana daya firasat mu yang kuat,

Hati,
Adakah engkau cukup sedia,
sabar dalam menempuh ujianNya,
dalam setiap minit dan saat,

Hati,
Tolonglah tenang wahai hati, kerana keyakinanmu,
akan membantu fungsi rakan-rakanmu yang lain,

Hati,
Tetaplah tenang dan yakin, kerana disebaliknya
pasti akan sampai berita kegembiraan,
Tetaplah Tenang..Tenang dan Tenang..

ezad
Jam 12.46pagi

Related Posts with Thumbnails