Makin Penat Dah Nak Layan…..YM

Posted on the October 12th, 2009 under Tips Dan Teknologi by Ezad

Hari Raya dah nak habis, tapi baik dari kelibat rakan-rakan seorang pun tak datang nak beraya, aku banyak buat dosa ke? ke korang yang banyak dosa kat aku lepas tu malu nak jumpa? pinjam duit tak nak bayar? “Dalam hati” selama ni pun bila beraya aku yang beria-ria sangat bagi sokongan dalam apa-apa aktiviti, tapi bila raya ni sekor-sekor pun tak datang jenguk aku, mungkin malu kot nak bawak anak bini datang, maklumlah dah kahwin jadi makin segan dengan manusia, tapi begitulah keadaan sekarang, bila berkahwin bermakna engkau akan berprivasi? kurangkan bergaul? jauhkan dari kawan? dan sebagainya, atau mungkin rumah setinggan macam aku tak layak dipijak oleh kaki bersih macam korang? mungkin juga ada kebenarannya.

Begitulah luahan seorang jejaka dari negeri dibawah bayu, yang mengadu padaku mengenang kan nasib diperantauan, “memanglah tak datang, kawan-kawankamu kan jauh nun disudut bumi yang lain”, kata ku pada rakan yang seorang ni, “kalau mereka dekat tentu mereka datang punya, itu pun kalau mereka ingat kamulah” Tambah aku mengusik, Ialah sepatutnya mereka kena ingat aku juga telefon ke hape ke kan, kalau nak telefon tu berapa sen sangatlahkan” katanya lagi, “Ialah tak semua manusia begitu, kekadang kita tak tahu masalah mereka, jadi masalah kita siapa pula nak ambil tahu?” terangku padanya, “Tapi dulu aku sibuk-sibuk pun cari diorang walau aku jauh macam ni, walau duduk mana pun mereka aku cari juga”, jelasnya dengan geram “hmmm” aku terdiam, “Emm macam ni lah apa kata kalau aku ajar ko berYM” dengan membuat muka idea aku berkata,” YM apa kejadahnya tuh bah?”, soalnya lagi dalam slang sabahan, “Oh YM itu singkatan bagi nama Yahoo Messenger”, jelasku, ianya adalah satu medium komunikasi yang mudah dan percuma” jadi aku akan tunjuk ajar kamu bagaimana ia berfungsi, ternyata Man begitu gembira sekali mendengar penjelasan aku.

ym_logo

Setelah aku menerangkan bagaimana, pengunaan Yahoo Messenger tadi, Man giat berchatting dan semakin mahir menggunakan YM, “Sebenarnya man, banyak lagi alat komunikasi online yang free seperti Gtalk, MSN Messenger, Skype dan lain-lain” Jelasku pada Man, terbeliak mata Man seperti berbuih mulutnya, “Tapi buat apa pakai banyak kalau yang free ni pun tak terlayan, maklum lah rakyat Malaysiakan suka benda free, kalau yang free satu ni pun dah berbaloi-baloi” aku tersengih, lalu aku pun ucap selamat kat man, semoga dia makin mahir menggunakan YMnya, dengan cara yang lebih baik.

Jadi kepada yang nak add YM aku bolehlah melakukannya sekarang, mungkin sebelum ni ada problem pada YM aku , jadiĀ  jika ada diantara kamu aku tidak dapat menghubungi aku melalui YM, sila add semula ya di YM ID : zezadnet.. Tq

p/s : Mungkinkah Fahrin dan Scha putus kerana takde YM? :p

Related Posts with Thumbnails

7 Responses to 'Makin Penat Dah Nak Layan…..YM'

  1. October 13, 2009 at 11:11 am
    Shaffik
  2. October 13, 2009 at 3:42 pm
    Jmay
  3. October 13, 2009 at 4:39 pm
    en_me
  4. November 7, 2009 at 8:05 pm
    titan

Leave a Reply




XHTML::
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>