Bila Lembu Masuk Kampung- Bahagian 1
Tepat Jam 5.30 petang waktu Malaysia Selatan semalam, sesudah hujan lebat berhenti kelihatan makhluk-makhluk seperti manusia berduyun-duyun ke suatu tempat, seperti keramaian atau mungkin durian runtuh atau mungkin ada orang main bunga api, rupanya kekecohan itu berlaku apabila seekor lembu atau lebih elok dipanggil sebuah lori gedabak besar telah memasuki sebuah lorong sempit yang boleh dimuatkan sebuah kereta sahaja “konpem” bak kata mat saleh lori lain tak boleh lalu dan tak lepas kalau dah masuk, seperti kata peribahasa terlajak perahu boleh diundur terlajak lori tak boleh diundur..haha.
Dikatakan drebar lori yang membawa “Chemical” ini meluncur dengan laju menyebabkan ranting2 pokok, dan paip-paip pecah, membuatkan orang kampung dikatakan dari kampung-kampung jiran juga terlibat untuk menyaksikan keadaan lori yang takkan kemana itu bergerak untuk keluar tetapi tak boleh-boleh macam hidup segan mati tak mahu, drebarnya seorang macha hampir-hampir sahaja kehilangan gigi dan rambut walaupun ada sedikit, dek kerana abang-abang polis sudah membawa M16 untuk mengawal keadaan.
Walau bagaimanapun orang-orang kampung masih waras dan cukup bertimbang rasa siap bagi air suruh minum, cuma ada beberapa orang yang kelakar sahaja yang memberi ugutan yang kelakar pada macha ni, mana tidaknya drebar ini dalam keadaan mabuk ketika memandu dan seperti pura-pura pekak.
Akhirnya setelah berbagai cara dan magik dibuat untuk mengalih lori ini bila berbagai teknik dari bijak pandai dari pelusuk keturunan disitu, akhirnya seorang budak kecil yang bernama belalang kunyit mencadangkan untuk menanggalkan kepala? cadangan itu ialah kepala lori sahaja yang ditanggalkan dari lori dan membiarkan badannya terkulai layu, seperti bak kata peribahasa “Habis madu sepah dibuang” tah apa-apa aku merepek ni. Jam menunjukkan pukul 7.45pm dan akhirnya kepala lori sahaja yang dapat dikeluarkan, sekian sahaja laporan saya Zairizad A.Rahim melaporkan kembali ke Bilik Berita TV Blogger.
Berikut beberapa keping gambar dari jurugambar amatur dan kamera murahan yang diambil dari tempat kejadian :-
Kelihatan Optimus Prime melawat kampung..
Pertandingan Jolok tangga paling tinggi
Brother ni tengah bercakap dengan Optimus Prime..salute!!
Sebelah malamnya upacara bersambung kembali..tunggukan Bahagian 2







megat
lor ni simpang mana satu ni!?
[Reply]
Ezad Reply:
November 16th, 2009 at 4:01 pm
Jalan kecil dihadapan rumah, tempat laluan motor, kereta dan bebudak berbasikal.
[Reply]