Tips Stress Dan Senaman
Antara masalah yang sering dihadapi rakyat malaysia kini ialah masalah stress, terutama bagi yang bekerja dipejabat, seperti saya yang hampir seharian menghadap komputer seringkali mengalami sakit kepala, ini berlaku kerana kerja yang kita lakukan bersifat statik, Ketegangan ini biasanya disebabkan oleh otot-otot dibahagian leher, bahu serta pinggang bekerja atau berkontraksi secara statik (isometric contraction) dalam jangkamasa yang panjang.
Kontraksi statik otot di bahagian leher dan bahu yang lama akan menyebabkan kita berasa :
1) Pening dan sakit kepala
2) Ketegangan serta sakit leher serta bahu
3) Ketegangan serta sakit otot di antara tulang belikat
4) Kebas dari bahu hingga ke hujung jari
5) Kelemahan otot bahagian leher, bahu serta tangan sehingga kita merasa tangan kita amat berat untuk menulis atau menaip
6) Ini juga boleh dialami pada bahagian pinggang:
7) Ketegangan dan sakit otot di bahagian sendi pinggul serta punggung
8 ) Kebas dari punggung hingga ke hujung jari kaki
9) Kelemahan otot sekitar sendi pinggul, punggung serta kaki sehingga kita merasa kaki kita amat berat untuk berdiri atau berjalan
10) Kesukaran untuk menundukkan badan apabila hendak mengambil sesuatu yang terjatuh di atas lantai.
Mungkin ramai juga masyarakat kita mengambil ubat tahan sakit (Analgesic) dan ubat mengurangkan ketegangan otot (muscle relaxant) dari hospital atau farmasi, salah satu juga yang boleh dibuat ialah dengan sedikit senaman di tempat kerja jika berlaku pada masa itu. Senaman regangan ini selain membantu memperbaiki postur badan, penjagaan badan (body awareness), meningkatkan koordinasi badan.
Tip senaman berikut boleh diamalkan jika sekiranya anda terpaksa melakukan kerja pejabat dalam satu tempoh yang lama:
1) Sentiasa bergerak bebas selepas setiap jam bekerja dengan mengubah posisi duduk, berdiri atau berjalan selama 1 – 5 minit.
2) Minum air suam atau air mineral yang secukupnya kerana ia membantu badan menyingkirkan toksin dan membantu mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan.
3) Melakukan senaman pernafasan dengan menarik dan menghembus nafas secara perlahan 5 – 10 kali kerana ia membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen.
P/s : Saya sudah mencubanya dan Alhamdulillah, anda bolehlah cuba..







