Selamat Tinggal 2009, Welcome 2010!
Dalam tak sedar sudah hari terakhir kita pada hari ini dihujung 2009, bukan itu sahaja sudah tua rupanya empunya diri, asyik sibuk bekerja kadang-kadang lupakan tentang hal diri sendiri, tentu anda semua mengharungi banyak liku-liku pengalaman pahit dan manis sepanjang tahun 2009. Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah sepanjang tahun ini saya lebih banyak mengenal mengenali diri saya sendiri dan begitu banyak pengajaran yang saya perolehi sepanjang tahun 2009, dengan pengalaman ini menambahkan lagi pengetahuan saya dan ilmu saya.
Sebagai rakyat Malaysia saya bersyukur teramat sangat kerana hidup dibumi yang bertuah ini, antara pengalaman yang paling saya tidak boleh lupa dan bersyukur kerana income saya dalam dunia blogging semakin bertambah, malah dari hari kehari ianya bertambah, kerana bagi saya anda tiada kerugian bila anda berblogging jika anda tahu apa yang anda lakukan, yang perlu saya tekankan disini ialah kesabaran yang amat tinggi, saya mengaku saya banyak kali mudah berputus asa sebelum ini dan rakan-rakan blogger yang lainlah yang banyak memberi kesan positif kepada saya, dengan melihat pengalaman mereka membuat kita juga menjadi seorang positif.
Sekian kalinya saya bersyukur kerana tahun 2009 yang lalu membuka mata saya bahawa dengan berblogging juga menjadikan satu cabang untuk bekerja dan menambah pendapatan. Semoga tahun 2010 nanti perubahan yang besar untuk kita semua untuk menjadi yang lebih baik dan terbaik.







Thoha
Salam bro…
thun 2009 berlalu thun 2010 menjelma…
smoga kita smua mmperoleh kejayaan…
[Reply]
Ezad Reply:
January 1st, 2010 at 8:53 pm
Wsalam bro,
Yang berlalu tetap berlalu moga yang akan datang menjadi kita lebih dewasa dan sukses.
[Reply]
saudagarcyber
Salam 2010
Semoga terus berjaya
Once dapat rentak dalam bisnes internet insyaallah keutungan akan masuk tanpa henti…
[Reply]