Kaki Berbau Siapa Yang Punya
Hari Jumaat 12.30 tengahari, seperti biasa aku dan juga orang lain berpusu-pusu akan pergi ke Masjid untuk mendengar Khutbah dan menunaikan Solat Jumaat Fardhu Ain, sampai sahaja di ruangan masjid aku terus pergi untuk mengambil air wuduk danĀ selepas solat tahiyatul masjid dan solat sunat qabliah aku duduk bersama-sama saudara Islam yang lain menunggu khutbah Jumaat, tiba-tiba sesuatu yang kurang enak menusuk hidung ini dan bukan aku seorang sahaja yang menyedari bau yang kurang enak itu tetapi mungkin orang lain juga terperasan, dihadapan aku ada seorang budak kecil membuat muka sambil menyengik mungkin kerana bau busuk itu. Puas juga mencari dari mana asalnya bau tersebut, dek akibat bau yang kurang menyelerakan boleh loya tekak dibuatnya tambahan pula kita berada di Masjid, jadi kebersihan perlulah menjadi keutamaan dan menjadi syarat sah untuk menunaikan solat.
Jadi jika anda mengalami masalah yang sama seperti diatas diantara panduan yang boleh diikuti ialah seperti senarai yang saya letakkan dibawah ini :-
1. kerap basuh kaki dengan sabun terutamannya jika kaki mulai berpeluh. ia bertujuan untuk mengelakkkan kaki terlalu lama berlemuran peluh
2. lap kaki dengan tuala bersih dan sapukan bedak sebelum memakai kasut
3. kaki juga perlukan semburan anti bau, gunakan semburan anti peluh (antiperspirant) yang biasannya telah dicampurkan dengan anti bau (deodorant). Bagimanapun elakkan semburan jika kaki mengalami keceraan seperti luka.
4. ganti stoking lebih kerap, pilih fabric dari bahan kapas yang boleh menyerap peluh.
5. jika kaki mempunyai peluh berlebihan, kamu digalakkan memakai stoking 2 lapis.
6. Pilih kasur jenis terbuka atau sandal. ini kerana kasut tertutup akan merangsangkan peluh dan mengundangkan kuman bersarang. sehingga kaki kamu berbau. pilih kasut bukan dari bahan plastik yang boleh menghalang udara keluar masuk. Serta jangan pakai kasut yang sama dua hari berturut-turut
7. rendam kaki didalam air suam, kemudian sapukan dengan losen dan berstoking sebelum tidur.
P/s : Harap panduan diatas dapat membantu anda menyelesaikan masalah kaki berbau..
p/s : Kepada kaki yang berbau tu banyak-banyaklah pakai sabun..hehe







akmar
busukk! haha
[Reply]
Ezad Reply:
February 7th, 2010 at 9:31 am
Wangi!! hahaha
[Reply]
booguestwarrior
pejagaan diri harus bermula dr hujung rambut ke hujung kaki….bahagian kaki ni selalu diabaikan.
pencegahan itu lbh baik baik dr merawat…..suatu hal yg mudah utk dilakukan adalah dgn mengelakkan dr menggunakan stokin/sepatu yg lembap…sila keringkan dulu stokin/sepatu yg lembap itu seblm menggunakannya!
[Reply]
Ezad Reply:
February 7th, 2010 at 9:31 am
Penjagaan diri dari hujung rambut ke hujung kaki bukan hanya pada wanita sahaja, lelaki zaman sekarang juga harus menjaga penampilan, kalau kaki busuk lepas tu pakai stokin basah, siapalah nak dekatkan..hehe
P/s : Stokin yang dikeringkan juga tidak sesuai, bau masih kuat..sila guna stokin lain jika ada.
[Reply]
hasryabdullah
salam. bro,
solat jumaat adalah fardhu ain…
http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_Jumaat
[Reply]
Ezad Reply:
February 7th, 2010 at 9:23 am
Wsalam,
Maaf silap, sudah ubah, terima kasih ada juga yg tegur maknanya ada yang prihatin.
p/s : Ni Hasry Yati ke? ekekeke
[Reply]
Hasry Reply:
July 3rd, 2010 at 9:10 am
mana ada hasry yati,…
ini hasry abdullah…
takkan dah lupa rakan sepermainan dolu-dolu…
tinggal kenangan -team bola kg belantik
[Reply]
Ezad Reply:
July 3rd, 2010 at 1:55 pm
Hasry, takkan la aku lupa pulak, kitakan permain pertahanan yang kuat dulu..hehe
Zairi Zaidi
Boleh hilang khusyuk kalau macam ni…
[Reply]
Ezad Reply:
February 8th, 2010 at 12:25 pm
Betul, bukan sahaja hilang khusyuk kesihatan juga boleh terjejas.
[Reply]