Manusia Separa Dewa Anak Kepada Poseidon Dewa Laut
Baru sahaja pergi tengok wayang dipawagam cerita Percy Jackson & The olympians, The Lighning Thief pagi semalam, mula aku tak ingin pergi pun nak tengok wayang tapi selepas tertengok iklan di TV5 mula pula tertarik dengan efek khas dan juga jalan penceritaan tentang dewa-dewa kuno masyarakat Yunani dahulu, kisahnya cerita ini juga diambil dari buku yang kemudiannya diangkat menjadi filem seperti Harry Potter, penulis buku ini yang bernama Rick Riordon mempunyai banyak lagi siri buku yang mungkin akan disambung dijadikan filem seperti Percy Jackson & The Olympians, The Lightning Thief.
Berbalik tentang filem ini, ia berkisar tentang kehilangan “Kilat” (Lightning) di langit, dan entah kenapa tiba-tiba si Zeus ketua dewa memanggil adiknya Dewa Poseidon untuk bersemuka disebuah bangunan tinggi ditengah bandar di Amerika, lebih kurang macam ni lah dialognya :-
Poseidon Berkata : “Hello brother, apa halnya penat tuh berenang dari laut lepas tuh nak naik tangga kat puncak bangunan nih, fuhyoo penat den, apo citonye ni?”
Zeus Berkata : “Em datang pun engko, lama aku tunggu atas bangunan ni dah malam pun nih tak nampak langit gelap tuh?”
Poseidon Berkata : ” I yo lah aku bukan naik kapal terbang pun, kereta lagi lah haram takde, aku bukan ahli politik boleh suka-suka jalan-jalan sana sini”, aah ye langit gelap apa citenya memanglah malam takkan siang pulak”.
Zeus Berkata : “Apo ko buta ke?, ko tak perasan “Kilat” sudah hilang?, kilat aku kena curi tau, sedih aku..huk huk huk.
Poseidon Berkata : “Aah yek juga, senyap jek takde pulak nampak cahaya dekat langit, tapi apo kena mengena dengan aku pulak?” apo ke halnya?
Zeus Berkata : “Yek pasti ada kena mengena dengan ko, aku rasa anak ko yang separa dewa tu lah mencuri “Kilat” di langit tuh”.
Poseidon Berkata: “La apa pulak anak aku yang curi, dah lama aku tinggalkan anak aku tuh, jumpa pun tidak, aku pun harap dia tak terjebak dengan Mat Rempit dan mencuri-curi ni”
Zeus Berkata : “Aku tak kira, jikalau anak ko tak pulangkan “Kilat” yang dicuri itu peperangan akan berlaku diantara kita”
Poseidon Berkata : “Alahai ko ni cuba bawak bertenang ko tuh dah tuo cepat bebenor bersalah sangka, pasal benda kecik pun nak berperang” alahai..
Zeus Berkata : “Aku tak kira aku bagi tempoh dalam beberapa hari, jikalau tidak pulangkan juga, it’s mean war bebeh” sambil menggunakan kuasa saktinya memecahkan pintu besi.
Poseidon pula dilihat terpinga-pinga cuma tidak gila sahaja, berikut sedikit dialog buatan sendiri tentang permulaan filem ini, untuk mengetahui kesudahannya silalah ke pawagam untuk tengok sendiri, yang pastinya ianya menarik kerana makhluk-makhluk mistik seperti, Fury, Minatour, Medusa dan beberapa makhluk yang aku tak berapa ingat pulak namanya juga ada, malah ia mengingatkan aku tentang cerita Sinbad dan juga Hercules.
Kepada yang belum tengok bolehlah pergi tengok ceritanya menarik dan pasti tayangannya (U) lepas sensor, dan satu lagi selepas tengok filem cerita ini jangan perasan pulak anda dewa pulak.







bonneyan13
dalam banyak-banyak watak yang disebut,aku tertarik dengan watak medusa….apa benar semua watak-watak dewa ni berasal dari sana?atau memang wujud dewa-dewa ni pada masa lalu?setau aku,watak medusa tu sudah diputarbelitkan,bukan sebegitu wataknya…..namanya pun sudah dibaratkan…..siapa medusa sebenarnya?seorang sri kandi dari nusantara yang berhati mulia! memang manusia dahulu mempunyai kehebatan sebegini(ada kaitan dengan DNA).
[Reply]
Ezad Reply:
February 16th, 2010 at 8:33 pm
Salam Abg Joe,
Saya ada membaca sebuah buku bertajuk “Siapakah penduduk Bumi Sebelum Manusia” kupasan tentang buku ini mengisahkan tentang kewujudan makhluk jin dan makhluk ciptaan Allah yang sudah wujud lama sebelum datangnya manusia, jawapan tentang benar-benar wujudnya makhluk ini pada masa lalu tidak dapat saya pastikan samada ia rekaan orang-orang greek atau boleh saya katakan ini adalah mainan Iblis dan Syaitan yang ingin memesongkan manusia dengan mengadakan penyamaran makhluk-makhluk seperti ini, saya ada membaca kisah asal usul Medusa ni tetapi sudah lupa pula, apa benar Medusa itu dari nusantara? cerita sikit? walaubagaimanapun nama medusa itu kini diabadikan sebagai logo fesyen terkenal iaitu “Versace”..
[Reply]
bonneyan13 Reply:
February 18th, 2010 at 6:18 am
ini cerita tak boleh sikit-sikit cerita ,bro.kesimpulannya apa jua sejarah tentang nusantara seketika dulu sudah diputarbelitkan /dilenyapkan oleh pihak tertentu….ada masa nanti bila lepak-lepak sambil pekena ayam penyet,aku ceritakan apa yang aku tau.
[Reply]
Ezad Reply:
February 18th, 2010 at 9:43 am
Hehe ok, adakah medusa ini bersangkut dengan lautan Indonesia? kalau ia mungkin sedikit ceritanya sudah saya ketahui tentang asal usulnya nusantara ini, tapi insyAllah nanti kita berjumpa.