Assalamualaikum, sudah masuk hari kedua kita berpuasa, sudah menjadi lumrah manusia yang mempunyai sifat busuk hati dan benci kerana sifat itu sudah terpendam didalam hati manusia, yang dapat mengubahnya ialah kesedaran iaitu hidayah dari Allah, Ya Allah jauhkan aku dari sifat sebegini.
Membuka email peribadi syarikat adalah rutin seharian aku sementara bergelar pekerja di syarikat Pengeluar komputer di Malaysia ini, agak sukar jika fikiran manusia sudah didoktrinkan dari awal, dan perubahan itu hanya boleh diubah dengan kekuatan akal dan kefahaman masing-masing bagaimana penerimaan sesuatu informasi itu, kisah yang ingin dikongsikan disini ialah “PENGKLASIFIKASI”.
Sebagai contoh pertama ialah, jika si A berjawatan biasa dan Si B berjawatan elok sikit, walaupun si A mempunyai solusi yang lebih baik tetapi kaedah Si B juga yang digunapakai, jadi jawapan yang paling elok ialah jangan beri apa-apa kaedah kerana buang masa saja, kerana mereka tetap menganggap kita sama kerana mereka telah menganggap kita begitu, so be it.
Contoh kedua pula ialah, Si C berjawatan Jurutera dan Si D berjawatan Jurutera, tetapi Si D diberi gaji yang lebih kerana berkelulusan dari Universiti atau kolej yang bla bla bla, tapi kerja sama sahaja malah kerja Si C lebih elok, jadi apa solusinya? mengampu lebih ke? Buat kerja bersungguh sampai pengsan? solusinya tetap tidak berubah Si D akan cepat naik pangkat..hehe.
Contoh 3 malas nak fikir, perkara ini akan berlanjutan dan apakah solusinya, kadang-kadang perkara mudah sahaja tetapi tahap penerimaan manusia yang tidak mahu mengubah pendapat walaupun mereka salah kerana ini merupakan penyakit keturunan, apa yang diajar begitulah penerimaannya, jika dari nenek moyang mereka dah menganggap begitu, mereka tidak akan merubah janji mereka, jadi sekali lagi jangan melawan durian..hehe
Jadi Ujian pada hari kedua ini agak panas, tahap kesabaran yang tinggi amat perlu tambahan dalam puasa ini, kerana perkara sebegini akan berulang, jadi faham-faham sahajalahkan, kalau tiada solusi juga cara Z akan dikemukakan..hehe

p/s : Agak-agak kalau Gorilla lawan Monyet siapa menang ek?

Assalamualaikum, hari pertama berpuasa sepertinya amat pantas benar tambahan cuaca sejuk yang dari awal tengahari yang membawa ke petang ditambah dengan angin ribut yang membuat sedikit ketakutan, tapi Alhamdulillah tidak ada apa-apa yang berlaku, cuma 4 keping cermin tingkap yang pecah disebabkan zink rumah jiran terbang dan menjunam berhadapan tempat ayah aku menjahit, nasib juga mak tidak ada duduk disebelah ayah semasa itu, aku dari dalam bilik hanya mendengar bunyi kaca yang pecah dengan kuat, terus aku meluru ke dapur untuk melihat, ternyata cermin tingkap itu sudah tiada..tadaaa.
Selepas itu aku terus meluru keluar ke halaman rumah dan aku lihat pokok kaktus didalam pasu juga tumbang, bukannya pokok kaktus yang kecil tetapi pokok kaktus yang besar, emm memang kuat angin bertiup tadi, terus aku mengangkat bersama ayah meletakkan semula kedudukan pasu tadi, dan aku terus mengelilingi rumah untuk melihat samada ada kerosakan pada rumah atau tidak, berhadapan dengan bilik aku ada sebuah rumah yang sudah tidak berdinding dan hanya tinggal atap zink sahaja, bila angin bertiup bunyi zink memang menakutkan, tapi lebih menakutkan bila zink yang sudah lama tak rosak, sedangkan rumah aku sudah pun bertukar atap asbestos.
Pedulikan cerita tentang rumah itu, tiada makhluk apa pun yang lebih berkuasa dari Allah pencipta Alam semesta, maklum jugalah dibulan Ramadhan Al-Mubarak ini semua syaitan sudah dibelenggu yang tinggal hanya nafsu manusia sahaja, Alhamdulillah hari pertama sudah berlalu kini tinggal 29 hari lagi harus ditempuhi, buatlah amal ibadah seperti yang tidak pernah kita lakukan sebelum ini lebihkan ibadah untuk Akhirat dan kurangkan mengingati dunia.
Esok dah mula bekerja semula dan pastinya kesejukan mengiringi sepanjang bulan puasa ini, jangan pula jadikan alasan sejuk untuk bersenang lenang, bukan kah ini juga ujian kepada kita bila sejuk semua akan berkata, “bestnya sejuk-sejuk boleh sambung tidur”, cukupkan lah tidur dan selebihnya boleh ditambah dengan membaca buku atau perkara yang berfaedah, emm esok hari kedua waktu rehat aku akan cuba menghabiskan dengan membaca buku, buku banyak beli tapi tak habis-habis lagi baca, kepada semua selamat menjalani ibadah puasa dengan seikhlas-ikhlasnya dan seeloknya bacalah Kitabullah iaitu Al-Quran dan juga tafsirannya semoga kita sentiasa mendapat Rahmat dan keredhaan Allah dan mendapat pahala yang melimpah dibulan yang mulia ini..Amin.