Sepak yem, permainan masa sekolah dulu..Ohoooi
Kredit gambar dari phalinn.fotopages.com
Teringat lagi masa sekolah agama di Sekolah Agama Majidi Baru sini, setiap hari mesti daphalinn.fotopages.compungan tetapi sebenarnya amat menarik malah lebih best dari mengadap game komputer seperti yang diminati oleh budak-budak zaman sekarang, bukan sahaja menyihatkan badan malah menumpukan daya tumpuan lagi, agak-agak apa ye nama permainan ini? ooh ye ianya berbulu bukan dari bulu kambing tetapi dari bulu ayam, memerlukan getah itu sahaja bahan-bahannya..nak tahu ke? baca bawah lagi.
Permainan yang dimaksudkan tadi tidak lain dan tidak bukan ialah sepak yem atau dikenali sebagai chapteh, tapi aku lebih gemar memanggilnya sepak yem, jadi siapa yang bernama yem sila jangan dekat!! haha nanti kena sepak, seperti biasa selepas balik dari sekolah menengah tepat pukul 1, lalu aku bergegas pula untuk balik ke rumah yang tidak jauh sahaja dari sekolah maklumlah rumah belakang sekolah jer, yek sampai sahaja kerumah terus mandi-mandi bersiap pakai baju sekolah agama dan bersampin hitam, capai beg dan bergerak menuju ke sekolah agama tidak lupa sepak yem dibawa..ekeke, biasanya ada satu port baik berdepan dengan sekolah, rupanya ramai rakan-rakan sedang menunggu dibawah pokok buah mentega disitulah port terbaik, dan tuan rumah itu pula memang menjaja makanan ringan disitu.
Tanpa berlengah aiskrim malaysia menjadi pilihan dan kerepek-kerepek menjadi sasaran utama dulu sambil makan memikirkan strategi, hahaha, bukan apa dah la pakai baju putih faham-faham sajalah kan, tapi apa pun permainan sepak yem ni lebih kepada ‘timing’ atau ‘tempo’ dalam lagu, tumpuan pada keseimbangan badan ketika menimbang juga merupakan latihan yang baik sebelum masuk ke kelas..(sangat2 la), tapi apa pun aku cukup enjoy dengan permainan ini dan aku rasa ingin membuat sendiri sepak yem ni, bahan sudah ada perlaksanaan sahaja yang belum..aku ingin mengajak blogger yang sezaman dengan aku bermain sepak yem ni nanti..tapi ada ke YANG BERANI??…bersambung






