Archive for the ‘Apa Ke Halnya’ Category

Kaki Berbau Siapa Yang Punya

Posted on the February 6th, 2010 under Apa Ke Halnya by Ezad

wuduk

Hari Jumaat 12.30 tengahari, seperti biasa aku dan juga orang lain berpusu-pusu akan pergi ke Masjid untuk mendengar Khutbah dan menunaikan Solat Jumaat Fardhu Ain, sampai sahaja di ruangan masjid aku terus pergi untuk mengambil air wuduk dan  selepas solat tahiyatul masjid dan solat sunat qabliah aku duduk bersama-sama saudara Islam yang lain menunggu khutbah Jumaat, tiba-tiba sesuatu yang kurang enak menusuk hidung ini dan bukan aku seorang sahaja yang menyedari bau yang kurang enak itu tetapi mungkin orang lain juga terperasan, dihadapan aku ada seorang budak kecil membuat muka sambil menyengik mungkin kerana bau busuk itu. Puas juga mencari dari mana asalnya bau tersebut, dek akibat bau yang kurang menyelerakan boleh loya tekak dibuatnya tambahan pula kita berada di Masjid, jadi kebersihan perlulah menjadi keutamaan dan menjadi syarat sah untuk menunaikan solat.

Jadi jika anda mengalami masalah yang sama seperti diatas diantara panduan yang boleh diikuti ialah seperti senarai yang saya letakkan dibawah ini :-

1. kerap basuh kaki dengan sabun terutamannya jika kaki mulai berpeluh. ia bertujuan untuk mengelakkkan kaki terlalu lama berlemuran peluh

2. lap kaki dengan tuala bersih dan sapukan bedak sebelum memakai kasut

3. kaki juga perlukan semburan anti bau, gunakan semburan anti peluh (antiperspirant) yang biasannya telah dicampurkan dengan anti bau (deodorant). Bagimanapun elakkan semburan jika kaki mengalami keceraan seperti luka.

4. ganti stoking lebih kerap, pilih fabric dari bahan kapas yang boleh menyerap peluh.

5. jika kaki mempunyai peluh berlebihan, kamu digalakkan memakai stoking 2 lapis.

6. Pilih kasur jenis terbuka atau sandal. ini kerana kasut tertutup akan merangsangkan peluh dan mengundangkan kuman bersarang. sehingga kaki kamu berbau. pilih kasut bukan dari bahan plastik yang boleh menghalang udara keluar masuk. Serta jangan pakai kasut yang sama dua hari berturut-turut

7. rendam kaki didalam air suam, kemudian sapukan dengan losen dan berstoking sebelum tidur.

P/s : Harap panduan diatas dapat membantu anda menyelesaikan masalah kaki berbau.. :)

p/s : Kepada kaki yang berbau tu banyak-banyaklah pakai sabun..hehe

Laptop Ku Rosak!!

Posted on the December 29th, 2009 under Apa Ke Halnya by Ezad

arrh

Semenjak 2 minggu ini hidup agak kucar kacir bila laptop yang digunapakai rosak, setelah membuat pembedahan luar dan dalam didapati bahawa ibu papan (motherboard) pada laptop mengalami kerosakan, memang tidak hairanlah jika ini berlaku sudah hampir 2 tahun menggunakannya dan laptop ini hampir setiap hari sentiasa dihidupkan (on) dan sekali sekala sahaja dipadamkan (off), tapi disebabkan kerosakan ini memakan masa dan juga wang, alternatif lain harus dicari kerana jumlah untuk menggantikannya hampir sahaja RM600++.

Nasiblah aku masih ada komputer desktop yang hampir 7 tahun aku simpan, jadi mulalah aku ambil dan cuba hidupkannya semula , aku tekankan pada suis utama pada PC dan menunggu seketika tiba-tiba terdengar satu bunyi yang panjang “Teeeeeeeet,” “Seperti bunyi amaran RAM longgar atau RAM tiada tu”, cakap dalam hatiku. Aku menutup suis pada plug dan mula membuka skru pada dinding pc dan aku dapati  RAM dan NETWORK kad sudah hilang, satu lagi masalah timbul mana mungkin tikus yang curi yang ada hanya tetikus sahaja disini!!.

gambar hiasan

Jadi aku mulalah menelepon rakanku saudara bladefingers kot-kot ada RAM dan Network card lebih, Alhamdulillah ada, jadi setelah pergi mengambilnya aku dapati satu lagi masalah timbul iaitu RAM tidak sama spesifikasi dan Kad Rangkaian (Network) memerlukan driver untuk di install, wahahaha. Tapi tidak apa-apa ini perkara kecil sahaja Alhamdulillah segalanya dapat disiapkan dan blog juga dapat diupdate seperti sediakala, mudah-mudahan.

Tambahan lagi banyak duit diperlukan pada masa akan “DATANG”, lupakan sekejap perkara itu mungkin ini satu dugaan tapi  aku percaya hidup ini ibarat roda ada turun dan naiknya yang pasti matlamat utama tetap diteruskan.

Related Posts with Thumbnails