Hari Pertama Berpuasa (Ujian Yang Pertama)

Posted on the August 11th, 2010 under Agama, Kisah Benar & Motivasi by Ezad

rain-girl

Assalamualaikum, hari pertama berpuasa sepertinya amat pantas benar tambahan cuaca sejuk yang dari awal tengahari yang membawa ke petang ditambah dengan angin ribut yang membuat sedikit ketakutan, tapi Alhamdulillah tidak ada apa-apa yang berlaku, cuma 4 keping cermin tingkap yang pecah disebabkan zink rumah jiran terbang dan menjunam berhadapan tempat ayah aku menjahit, nasib juga mak tidak ada duduk disebelah ayah semasa itu, aku dari dalam bilik hanya mendengar bunyi kaca yang pecah dengan kuat, terus aku meluru ke dapur untuk melihat, ternyata cermin tingkap itu sudah tiada..tadaaa.

Selepas itu aku terus meluru keluar ke halaman rumah dan aku lihat pokok kaktus didalam pasu juga tumbang, bukannya pokok kaktus yang kecil tetapi pokok kaktus yang besar, emm memang kuat angin bertiup tadi, terus aku mengangkat bersama ayah meletakkan semula kedudukan pasu tadi, dan aku terus mengelilingi rumah untuk melihat samada ada kerosakan pada rumah atau tidak, berhadapan dengan bilik aku ada sebuah rumah yang sudah tidak berdinding dan hanya tinggal atap zink sahaja, bila angin bertiup bunyi zink memang menakutkan, tapi lebih menakutkan bila zink yang sudah lama tak rosak, sedangkan rumah aku sudah pun bertukar atap asbestos.

Pedulikan cerita tentang rumah itu, tiada makhluk apa pun yang lebih berkuasa dari Allah pencipta Alam semesta, maklum jugalah dibulan Ramadhan Al-Mubarak ini semua syaitan sudah dibelenggu yang tinggal hanya nafsu manusia sahaja, Alhamdulillah hari pertama sudah berlalu kini tinggal 29 hari lagi harus ditempuhi, buatlah amal ibadah seperti yang tidak pernah kita lakukan sebelum ini lebihkan ibadah untuk Akhirat dan kurangkan mengingati dunia.

Esok dah mula bekerja semula dan pastinya kesejukan mengiringi sepanjang bulan puasa ini, jangan pula jadikan alasan sejuk untuk bersenang lenang, bukan kah ini juga ujian kepada kita bila sejuk semua akan berkata, “bestnya sejuk-sejuk boleh sambung tidur”, cukupkan lah tidur dan selebihnya boleh ditambah dengan membaca buku atau perkara yang berfaedah, emm esok hari kedua waktu rehat aku akan cuba menghabiskan dengan membaca buku, buku banyak beli tapi tak habis-habis lagi baca, kepada semua selamat menjalani ibadah puasa dengan seikhlas-ikhlasnya dan seeloknya bacalah Kitabullah iaitu Al-Quran dan juga tafsirannya semoga kita sentiasa mendapat Rahmat dan keredhaan Allah dan mendapat pahala yang melimpah dibulan yang mulia ini..Amin.

Masih belum terlambat..

Posted on the July 28th, 2010 under Kisah Benar & Motivasi by Ezad

never to late

Bila kita dengar tentang kisah kejayaan orang lain, dalam hati mesti tertanya bila pula aku, tapi sebenarnya kejayaan apa yang ingin kita pilih juga memainkan peranan, adakah kejayaan hanya dalam berbentuk harta dan yang boleh dilihat dengan mata kasar dan berbentuk fizikal, sebenarnya dalam menentukan bentuk kejayaan itu terpulang kepada individu itu bagaimana dia melihat kejayaan

pada diri masing-masing, bagi aku SYUKUR atas segala limpah RahmatNya kerana sehingga sekarang aku masih hidup dan bernafas di muka bumiNya ini, kerana aku tahu ini semua adalah pinjaman buat sementara dan tidak akan kekal selama-lamanya, walaupun sedikit hasil dariĀ  bekerja dan pendapatan berblogging itu lebih baik dari tiada apa-apa, jika hanya nak tunggu durian runtuh pun tidak guna juga.

untuk bermula apa sekalipun sekarang, faktor umur bukan penentu bagi kejayaan juga, tua tidak bermakna berpengalamanĀ  dan muda bukan bermakna mentah, kerana kejayaan hanya datang pada orang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, jadi kejayaan hanya datang pada orang yang rajin.

Masih belum terlambat untuk kita mengubah diri kita, asalkan tidak terpesong dengan ajaran dan mengikut panduan dan syariat Islam yang sebenar, yang paling utama ialah sentiasa bersyukur dan Istikhamah dalam melakukan apa sahaja, Insya Allah apa yang kita inginkan akan tercapai, yang penting usaha dan bertawakal.

Lagi lama kita hidup kita akan lebih mengenal diri kita dan tujuan kita hidup dimuka bumi ini, kerana Allah itu Maha Mengasihani, jadi masih belum terlambat untuk kita nilaikan diri untuk apa kita diwujudkan dimuka bumi Allah ini, adakah untuk berseronok sahaja? kerana kita “Masih belum terlambat” untuk mengingatiNya.

Related Posts with Thumbnails