Posts Tagged ‘blog’

Masih belum terlambat..

Posted on the July 28th, 2010 under Kisah Benar & Motivasi by Ezad

never to late

Bila kita dengar tentang kisah kejayaan orang lain, dalam hati mesti tertanya bila pula aku, tapi sebenarnya kejayaan apa yang ingin kita pilih juga memainkan peranan, adakah kejayaan hanya dalam berbentuk harta dan yang boleh dilihat dengan mata kasar dan berbentuk fizikal, sebenarnya dalam menentukan bentuk kejayaan itu terpulang kepada individu itu bagaimana dia melihat kejayaan

pada diri masing-masing, bagi aku SYUKUR atas segala limpah RahmatNya kerana sehingga sekarang aku masih hidup dan bernafas di muka bumiNya ini, kerana aku tahu ini semua adalah pinjaman buat sementara dan tidak akan kekal selama-lamanya, walaupun sedikit hasil dariĀ  bekerja dan pendapatan berblogging itu lebih baik dari tiada apa-apa, jika hanya nak tunggu durian runtuh pun tidak guna juga.

untuk bermula apa sekalipun sekarang, faktor umur bukan penentu bagi kejayaan juga, tua tidak bermakna berpengalamanĀ  dan muda bukan bermakna mentah, kerana kejayaan hanya datang pada orang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, jadi kejayaan hanya datang pada orang yang rajin.

Masih belum terlambat untuk kita mengubah diri kita, asalkan tidak terpesong dengan ajaran dan mengikut panduan dan syariat Islam yang sebenar, yang paling utama ialah sentiasa bersyukur dan Istikhamah dalam melakukan apa sahaja, Insya Allah apa yang kita inginkan akan tercapai, yang penting usaha dan bertawakal.

Lagi lama kita hidup kita akan lebih mengenal diri kita dan tujuan kita hidup dimuka bumi ini, kerana Allah itu Maha Mengasihani, jadi masih belum terlambat untuk kita nilaikan diri untuk apa kita diwujudkan dimuka bumi Allah ini, adakah untuk berseronok sahaja? kerana kita “Masih belum terlambat” untuk mengingatiNya.

Salam Kembali Dunia Blogging

Posted on the September 1st, 2009 under Saya by Ezad

Salam semua kepada pembaca-pembaca blog yang baru ini, Setelah Tamatnya tempoh setahun domain dan hosting menggunakan nama ezadblog.com dahulu, aku akur akan hatta yang hidup juga akan mati dan mati akan hidup kembali.

Dengan kehadiran blog ini dapatlah menyelesaikan spekulasi dan kontroversi ceh macam popular pulakkan, aku tidaklah seglamer seperti blogger-blogger yang sudah ada nama yang lain tetapi sebagai tempelan bagi memenuhi ruang blogosfera, aku bukan pelakon drama atau ahli falsafah yang pandai bermain dengan ayat-ayat buku bila menulis—Tadaaaa (winkx3)

Malahan kehadiran blog ini pula lahir pada bulan Ramadhan Al-Mubarak, jadi segala entri terpaksa ditapis macam penapis teh restoran mamak, tapis lah berapa kali agar tiada sentimen-sentimen atau niat-niat terpesong, malahan inilah diariku nanti, segala apa yang aku buat akan kukhabarkan melalui blog ini adalah kehidupanku.

Akhir kata semoga kehadiran semula blog aku ini dipersada dunia blog dapat diterima walaupun taklah sehebat blog-blog lainĀ  yang tumbuh macam cendawan sekarang ni, sekurang-kurangnya akan mendapat tempat dihati pendengar dan pembaca, ada sesuatu kelainan akan ditonjolkan dalam blog ini, APA TU?? Tungguuu

Sekian salam dunia blogging pada semua!!.

~Ezad~

Zairizad.Com

Related Posts with Thumbnails