Posts Tagged ‘Jejak Rasul’

Jejak Rasul 15 Dan Sami Yusuf

Posted on the September 15th, 2009 under Agama, Siapa Dia? by Ezad

Jika anda pengemar kisah sejarah Islam pasti anda juga pengemar rancangan Jejak Rasul, sepatutnya aku mula memberitahu tentang ini pada awal Ramadhan lalu, tapi tidak mengapa dengan ketentuanNya ianya ditulis pada hari ini, sejak ianya ditayangkan dari awal Ramadhan aku juga jarang melihat rancangan tersebut, tapi setiap kali melihat pasti sahaja tidak berganjak punggung ini dari tempat duduknya.

Jejak Rasul 15 kali ini memaparkan 29 episod keseluruhannya, penggambaran diambil dibeberapa buah negara yang mempunyai banyak sejarah Islam khususnya seperti Syria, Mesir, Jordan, Israel, Turkey, Arab Saudi dan Yemen. Rancangan yang diacarakan oleh Saudara Ahmad Noor Sulaiman dan bersiaran pada pukul 6 ptg ini banyak mengajak penonton menyaksikan sendiri dunia para Rasul, Nabi dan sahabat-sahabat.

Setiap usai rancangan ini anda akan mendengar suara merdu gemalai membuatkan jiwa meruntun ingin tahu siapa dia yang menyebut nama-nama Allah itu, untuk mengetahui siapakah beliau boleh pergi kesini dan sini, jadi diantara lagu beliau yang menjadi tarikan utama yang aku kira sungguh merdu adalah yang bertajuk “Asma Allah”, sila lihat dan dengar, selamat beramal.

Related Posts with Thumbnails