Posts Tagged ‘kisah’

Kisah Benar – Burung Merpati Lemas (Bahagian 2)

Posted on the October 11th, 2009 under Kisah Benar & Motivasi, Uncategorized by Ezad

merpati

Bila keesokannya bila aku buka kotak, burung tadi semestinya ada lagi lah belum mati haha, sambungan dari bahagian 1 dulu. Terfikir dalam hati apa nak bagi makan ya burung merpati ni, dedak pun tiada maklum lah bukan pembela burung tapi pembela kucing yang 13 ekor, mujur kebetulan pokteh aku ada dirumah aku pagi itu kerana melawat anaknya ia ini adik sepupu aku berada duduk bersama dirumah aku ni, pokteh aku berpengalaman dalam membela merpati, dulu semasa dikampung berpuluh-puluh ekor burung merpati dibela, yelah banyak pengalamannya, ok berbalik pada burung tadi, tengok pada keadaannya agak lemah sedikit lalu aku keluarkan dari kotak.

Namun agak mudah sebenarnya jika anda mempunyai naluri seperti manusia bukan haiwan, jadi belaian dan cara pegang burung makhluk ciptaan Allah ini dengan cara memanjakannya menggunakan akal pemikiran seorang manusia  berserta aura rasa itu dengan izin Allah, InsyAllah apa-apa  makhluk pun faham, haiwan pun mempunyai perasaan bukan  manusia sahaja, mereka pun tahu samada kita menyayangi atau tidak.

Aku memegang merpati itu perlahan-lahan lalu aku letakkan ia diatas reban kucing, kemudian pokteh aku mengambil segenggam nasi lalu menaburkannya diatas atap, kelihatan burung itu seperti masih keliru, maklumlah baru keluar kotak, jadi macam sedikit bingung, jadi kami hanya memerhatikan sahaja gelagat burung tadi dari pintu dapur. Selang beberapa minit burung tadi terbang pula ke atap rumah jiran, tetapi sebelum terbang lebih jauh dia sempat seperti menjeling dengan sebelah matanya, mungkin mengucapkan terima kasih lalu terbang kembali kehabitat asalnya, Alhamdulillah syukur ia boleh terbang kembali, aku rasa cukup tenang selepas itu aku harap burung itu masih hidup dan beranak pinak.. :p.

p/s : Kisah Benar seterusnya sama juga mirip dengan peristiwanya “Kucing Di Bawah Celahan Van, nantikan hanya di zairizad.com :p

Kisah Benar – Burung Merpati Lemas (Bahagian 1)

Posted on the October 2nd, 2009 under Kisah Benar & Motivasi by Ezad

merpatiBeberapa bulan lepas, diwaktu hujan lebat membanjiri kawasan tmpat aku (takdelah banjir :p) bekerja aku ternampak seperti benda mengepak-ngepak dibalik lopak air dan timbunan sampah diluar kawasan kilang, seperti burung tu bercakap dalam hati, alah pedulilah pandai-pandai la terbang, tapi ternyata jika dilihat keadaan hujan yang lebat giler, mana mungkin burung ini terbang kembali, jadi dengan rasa kasihannya aku berlari pergi kebelakang kilang terus mencekup burung merpati tersebut, kalau aku lambat sikit mungkin dah mati burung itu, sayu pula bila memikirkan makhluk Allah itu, jika aku pula yang terkena macam mana ya dalam keaadan begitu tapi aku bukan burung ekekek, siapalah yang nak tolong cakap dalam hati.

kotak

Jadi aku fikir mungkin aku bawa balik kerumah kalau biarkan didalam kesejukan mati pulak burung ni, jadi aku cari kotak aku masukkan makhluk Allah ini, dalam hati aku cakap “nasib baik kau burung jumpa aku masa keadaan macam ni, kalau orang lain tak tahulah nasib kau” jadi aku letakkan burung tadi kedalam kotak dan aku buatkan lubang untuk ia bernafas, ternyata hujan masih belum berhenti tetapi kurang  sedikit lebatnya, lalu aku pulang membawa  bersama burung merpati yang tak berdaya itu, bila dirumah sedikit  kerisauan mula timbul, kerana aku ada membela kucing yang bukan sedikit jumlahnya lebih dari seekor hehe, takut kena ngap pulak nanti jadi sampai sahaja dirumah aku biarkan sahaja, burung itu didalam kotak, aku takut untuk lepaskan kerana badan nya masih kuyup, lagi pun waktu dah malam takkan nak lepaskan diwaktu malam pulakkan. Pada keesokannya bila aku buka kotak…

Bersambung….

Related Posts with Thumbnails