Bila Muka Masuk Majalah?
Hari Ahad yang mengembirakan terutama bila bulan puasa ini, ahli keluarga datang kerumah untuk berbuka puasa mengeratkan lagi silaturahim diantara ahli keluarga antara abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik, seronokkan bila makan ramai-ramai kerana telatah masing-masing yang membuatkan keseronokan itu, dan makan pun bertambah selera.
Bagaimana pula perasaan bila glamer macam artis-artis terutama yang baru naik maksudnya yang baru menceburkan diri dalam industri hiburan ini, mesti macam rasa bangga gilakan, bila pulak budak kampung yang tak dikenali kini menjadi sebutan orang ramai, aku bukan nak cerita tentang dunia hiburan sebenarnya tapi tentang rakyat biasa ni (hehe).
Dulu masa kecil aku kerap mengikuti atau menyertai pertandingan dalam sekolah lah seperti nyanyian dan sebagainya, pernah juga dipanggil untuk join “Aksi Mat Yo Yo”, apa tu? sebuah rancangan kanak-kanak yang terkenal di Singapura pada masa dahulu, bagi orang-orang selatan yang sama level dengan aku mesti tahu la. Bila masa kecil dulu semuanya boleh kerana perasaan takut tu tiada dan semuanya boleh dan tak boleh tak wujud langsung. Jadi bila dah besar masuk ke sekolah menengah perasaan malu mula timbul, takut digelar “Mat Ye Ye” bukan Mat Yo Yo ya cik tuan puan.
Jadi aku mula terfikir apa yang buat sampai tak malu? Berani? Tanggungjawab? Seronok? atau nak glamer? semuanya berkaitkan, bila orang suruh buat kita buat dah macam robot, tapi sebenarnya itu dulu masa zaman budak-budak, tapi kini kena ikut ke cakap orang ke kalau kita nak buat sesuatu, bergantung juga lah. Sebenarnya apa yang kita ingin itu yang kita dapat, bergantung pada rajin dan malas (hehe).
Dulu selalu tengok muka orang kat majalah, terasa macam nak juga bergambar dan glamer, aku sebenarnya tak minat bergambar tapi bila orang lain bergambar takkan nak tengok jer (hehe). Jadi aku telah dipanggil oleh sebuah butik baju melayu untuk menggayakan pakaian mereka, bersempena dengan musim perayaan ini jadi layankan jeklah, bila lagi nak bergaya, dalam majalah pulak tu tapi ni majalah main-main daa (haha).
![]()
Macam gambo nak bersunat pun ada juga nih!!
P/s : sesape nak try boleh la cuba buat kat sini, banyak lagi site-site percuma macam ni, google saja.
P/s : Lepas ni banyak la gambar aku, gambar kahwin jek takde lagi oouch!!
P/s : Petang ini ada Majlis Berbuka Puasa bersama Blogger peserta Personal Coaching Rohaizad ada gambar nanti akan diuploadkan yek.




