Satu Hari yang Penat..
Diam tak diam rupanya kita sudah berada pada hari yang ke-14 dalam bulan Ramadhan, fuuh kejap betul masa sekarang ni, tambahan waktu bekerja pula diberikan pelepasan balik awal bagi pekerja yang beragama Islam, jadi maknanya kalau waktu bekerja and 9 – 6 makan anda akan pulang pada 9-5..hehe, kalau kerja masuk pukul 8-5 tak pukul 4 dah boleh balik rumah.
Sebelum masuk entri ini yang boleh dikatakan entri bulan puasa lah, saya ada menulis entri pada awal puasa yang pertama dan kedua malahan kisah pasal ribut itu rupanya berlaku juga di negeri lain, terutama yang berlaku di Bazar Jasin, Melaka, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, dan semoga roh mereka bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.
Pada hari ke-8 saya telah mengambil cuti untuk menguruskan sedikit urusan di bandaraya Johor Bahru, hampir sehari suntuk menghabiskan masa disana sehingga tibanya waktu berbuka, mana tidaknya pada seawal 1.30 ptg, jualan di bazar bersebelahan kotaraya sudah bermula, ramai pula tu yang datang membeli haish dalam hati ni, menguji iman betul..haha.
Setelah urusan selesai berulang alik berjalan kaki dari Kotaraya ke KWSP, waktu jam menunjukkan baru 3.30ptg masih awal nak balik pun belum ada mood lagi, setelah menunaikan kewajiban sebagai umat Islam, saya mengambil keputusan untuk bersiar-siar di pasaraya City Square, lepas puas mengelilingi saya terus meluru ke kaunter panggung wayang untuk melihat jika ada filem yang berkesempatan untuk dilihat hehe, kebetulan terkena hari separuh harga apalagi, filem aksi gabungan pelakon-pelakon hebat seperti Sylvester Stallone, Jet Li, Randy Couture yang bertajuk “Expendables” menjadi pilihan kali ini.
Usai wayang saya terus keluar dan kembali untuk pulang kerumah, tapi dalam perjalanan terasa pula untuk berbuka bersendirian, jadi terus menghubungi mak mengatakan tidak jadi untuk berbuka dirumah, jadinya saya pergi semula ke bazar kotaraya tadi, banyak betul pilihan makanan, tapi saya hanya membeli cucur udang, popia sardin dan air tembikai sebagai pembasah tekak untuk berbuka nanti.
Selepas itu terfikir pula dimana hendak berbuka, saya terus membawa motor ke tempat destinasi tempat yang boleh saya bersendirian iaitu di Tasik Merdeka tapi hanya duduk di tempat pondok rehat yang disediakan untuk pengunjung, waktu menunjukkan baru pukul 7 dan langit masih cerah lagi, jadi saya mengambil keputusan untuk membaca buku, ada juga beberapa orang yang sama-sama berehat di pondok untuk berbuka disana, langit pula tiba-tiba menjadi gelap menunjukkan waktu hendak hujan, tapi Alhamdulillah tidak jadi hujan, bila azan berkumandang dan langit mula gelap, aku pun mula lah menunaikan kewajiban berbuka puasa.
(Ayat betul-betul skema kali ini..hahaha)





