Posts Tagged ‘Suara’

Tips Suara di Blog zairizad dot com

Posted on the July 6th, 2010 under Lagu Cover by Ezad

Pengunaan carian enjin seperti Google dan Yahoo merupakan nyawa bagi blogger-blogger baik yang lama dan baru, carian enjin merupakan salah satu kesinambungan jangka hayat bagi seorang blogger selagi tidak dapat mencecah pada muka surat pertama carian enjin, rasanya seperti punah segala harapan, tetapi sebaliknya berlaku jika iaitu persoalan pula yang akan muncul kenapa? mengapa? bagaimana?.

Persoalan-persoalan ini yang akan mencucuk semangat baru pada seorang blogger, kebetulan aku sendiri tidak nafikan aku jarang sekali mengemaskini blog ini, cuma minggu lepas aku merasakan seperti aku perlu membuat sesuatu untuk meraih pengunjung datang ke blog aku yang tidak seberapa ini iaitu dengan melakukan “sesuatu”, ya aku telah cuba merakamkan suara yang tidak seberapa ini dari anugerah yang Allah berikan untuk mengeluarkan rasa hati ini.

Tapi agak lebih terkejut bila melihat carian orang yang terus memilih untuk masuk ke blog ini dengan carian yang agak kelakar bagi aku, seperti di bawah ini :-

tipsuara

tipsuara1

Disebabkan ada yang benar ingin mencari tips atau teknik suara sedap, walaupun aku bukan Ahlinya dalam bab ini, tapi aku berkongsi jugalah sekadar apa yang aku tahu untuk menyedapkan suara :-

1) Minum air suam.

2) Sentiasa membuat latihan pernafasan.

3) Elakkan minum air bergas.

4) Amalkan minum air asam jawa/madu

5) Sentiasa berlatih dan cuba dengan nada key yang berlainan.. ( Kalau boleh sampai key note yang tertinggi..)

6) Kurangkan makanan berminyak.

7) Pergi ke kelas VOKAL.

Ini saja rasanya perkongsian yang dapat disenaraikan, jika ada terkurang tu sila tolong tambahkan, lagi pula aku bukanlah seorang yang benar-benar mahir dalam bab muzik, sila rujuk kepada yang ahli atau latihan vokal yang betul untuk memperbaiki mutu suara..hehe

p/s : Kepada yang nak mendengar suara aku tak seberapa ni boleh la dengar disini

Drama Cinta Balqis Dan Suara Rindu Menjadi Pencarian Terhangat!!!

Posted on the January 20th, 2010 under Apa-Apa Saja, Film Review by Ezad

Cinta Balqis

Selepas tamatnya drama Cinta Balqis yang keudara setiap hari Isnin hingga khamis bermula jam 6.30ptg, pada mulanya saya kurang sangat hendak mengikuti drama ini kerana mungkin dapat mengagak jalan ceritanya, jadi apa yang saya lakukan ialah dengan melihat permulaan cerita, pertengahan dan akhir drama tersebut yang berakhir semalam. Pada mulanya ianya tidak menarik perhatian saya sangat, tetapi semakin lama jalan ceritanya dapat juga menambat  hati ini huhu, bukan apa kesian dekat Hassan dah la susah payah menjaga anaknya si Balqis.

Jadi kepada sesiapa yang mengikuti drama ini pasti terhibur tertarik dengan lagu background pada drama ini iaitu “Suara Rindu” nyanyian pelakon yang memegang watak Ray iaitu Azad Jazmin, mana tidaknya rupanya carian untuk lagu ini sahaja sudah mencecah 1 juta lebih, dasyhat betul selepas ni Azad Jazmin pasti akan membuat album single, kalau tidak mahu ezad ada hahaha!! walaupun suaranya setakat ok-ok sahaja, lirik dan melodi yang menyentuh perasaan ini memang membuatkan makcik-makcik dan anak-anak gadis jadi tidak menentu, apa pun saya ucapkan tahniah kepada pencipta lagu tersebut.

Suara Rindu

Kini pencarian untuk lagu Suara Rindu ini semakin bertambah, yang buat bengangnya ia menjadi mainan keyword sahaja tapi sebenarnya lagu juga tidak ada dalam simpanan mereka, tetapi tadi saya sudah menjumpai lagu tersebut di Youtube jadi apa tunggu lagi boleh la mendengarnya, harapnya lagu ini tidak diblock seperti lagu-lagu AJL 24.. :p

P/s : Saya bercadang untuk menyumbangkan suara saya untuk “Suara Rindu” ini dengan petikan gitar murah saya, ada sesiapa yang sudi ingin mendengarnya?

Related Posts with Thumbnails