Posts Tagged ‘Universiti’

Budak Pintar Pilih Malaysia

Posted on the January 14th, 2010 under Kisah Benar & Motivasi, Siapa Dia? by Ezad

Ainan Caleste CawleyAinan Celeste Cawley baru berusia 10 tahun tapi kini sedang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda di Kolej Universiti HELP, Damansara, Kuala Lumpur, hebat bukan bagi kanak-kanak yang berusia semuda ini sudah mempunyai kepintaran diluar jangkaan, sebenarnya Ainan yang berdarah kacukan Irish dan Melayu ini merupakan warga Singapura, pada umurĀ  seawal 7 tahun 1 bulan beliau sudah menamatkan O-Level dalam subjek Fizik serta A-Level dalam subjek Kimia seawal umur 8 tahun 4 bulan.

Kehebatan adik Ainan ini turut dijadikan dokumentari televisyen di United Kingdom (UK) dalam Superhuman Genius untuk ITV1 dan Worlds Cleverest Child And Me untuk Channel 4, bukan setakat itu sahaja Ainan juga muncul didalam Asia’s Wonders Kids untuk Channel News Asia (Singapura) yang ditayangkan diseluruh Asia.

Kini adik Ainan sedang akan melanjutkan pelajarannya diperingkat Ijazah Sarjana Muda di Kolej Universiti HELP, Damansara, Kuala Lumpur, dan selepas itu dia juga akan mengikuti kursus American Degree Program (ADP) dalam bidang Sains Komputer dan juga mengikuti subjek kimia dan banyak lagi subjek kursus yang akan diambil dan bagi saya subjek-subjek ini adalah sukar tetapi tidak pada Adik Ainan, saya amat bangga terhadap Ainan kerana bijak memilih Malaysia sebagai tempat menyambung pelajaran kerana Universiti-universiti di Singapura menolak permohonannya kerana dibawah umur, itulah alasan yang diberikan jadi dengan memilih Kolej Unversiti HELP dapat menyelesaikan masalah ini.

Sebagai manusia saya yakin setiap manusia dimuka bumi Allah ini mempunyai kurniaan dan tanggungjawab yang telah diberikan pada diri masing-masing, jadi kepada yang mempunyai ilmu kurniaan yang telah diberikan itu gunakanlah sebaik mungkin kerana belum tentu esok masih ada untuk kita, selagi bakat pinjaman ini ada gunakanlah ia dengan akal yang waras mengikut lunas-lunas agama.

P/S : Kepada Adik Ainan saya ucapkan Welcome to Malaysia dan selamat belajar, juga kepada adik-adik yang lain bolehlah mencontohi Adik Ainan ini untuk diambil contoh.

Related Posts with Thumbnails