Hati Bergetar Bagai Getaran Gitar
Hati,
kenapa engkau bergetar,
acapkali hampir setiap hari,
getaranmu buat badan juga merasakannya,
Hati,
Adakah ini ujian Allah
untuk menduga akal,
agar lebih bijak,
dalam melasanakan tugasNya,
Hati,
Adakah engkau dapat merasakan,
sesuatu yang akan berlaku,
kerana daya firasat mu yang kuat,
Hati,
Adakah engkau cukup sedia,
sabar dalam menempuh ujianNya,
dalam setiap minit dan saat,
Hati,
Tolonglah tenang wahai hati, kerana keyakinanmu,
akan membantu fungsi rakan-rakanmu yang lain,
Hati,
Tetaplah tenang dan yakin, kerana disebaliknya
pasti akan sampai berita kegembiraan,
Tetaplah Tenang..Tenang dan Tenang..
ezad
Jam 12.46pagi





